PENYOKONG OKU BOSSKU B3RANG! NAJIB RAZAK DIDAPATI BERSALAH





Seorang warga emas berkerusi roda mengamuk diluar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan membabitkan Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta ringgit SRC International Sdn Bhd. 

Puteri Maslia, 61 tahun berasal dari Datuk Keramat, sudah menunggu di mahkamah sejak pagi tadi bersama ratusan penyokong lain di mahkamah.

Katanya, tidak ada Perdana Menteri yang menyokong hak orang-orang yang tertindas seperti Najib.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bagi sabitan pecah amanah pula, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman ke atas Najib ialah 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, ahli parlimen Pekan berkenaan dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak.


Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta dari SRC International. Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Comments