Netizen Terpukau Kecantikan Pavithra (Sugu Pavithra) Persis Model Termuka





Foto YouTuber popular, S. Pavithra, 28 tahun, mencuri perhatian wargamaya selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

Persis Model, Netizen Terpukau Kecantikan YouTuber Sugu Pavithra dalam photoshoot Ini!

Siapa je yang tidak kenal dengan Sugu Pavithra?

Pasangan suami isteri yang cukup terkenal dengan rancangan memasak mereka di saluran YouTube.

Saluran YouTube Sugu Pavithra merupakan hasil kolaborasi si isteri, S. Pavithra bersama suaminya, M. Sugu.

Pasangan suami isteri keturunan India ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral. 

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua video, dan sifatnya yang lemah lembut itu telah berjaya menambat hati ramai orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Bukan setakat rakyat marhaen, malah Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tular di laman sosial, foto Pavithra membuat photoshoot yang ternyata telah membuat netizen sampai terpukau!

Manakan tidak, rupa Pavithra benar-benar cantik seperti model terkemuka. Bukan itu sahaja, Pavithra turut mengenakan busana daripada pereka fesyen tempatan yang cukup terkenal, Dato' Bernard Chandra.

Make-up yang dipakai Pavithra merupakan hasil tangan Razzi Musa manakala styling pula dibuat oleh Zulherizal Studio. Photoshoot berkenaan dilakukan oleh Pinography, dan videographer yang terlibat adalah daripada Nabil Hussin.

Hasil tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan asli Pavithra dan caranya ber-posing

Comments