Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyedari ucapannya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadikan lagu berentak rap sebagai hiburan untuk mengurangkan tekanan terkurung dalam rumah selama lebih tiga minggu.
Muhyiddin berkata, beliau juga melihat pelbagai gelagat rakyat yang dikongsi di media sosial sepanjang PKP dilaksanakan termasuk ada yang memakai baju kelawar isteri untuk mengurangkan rasa kebosanan kerana terkurang dalam rumah
“Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu.
“Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.
“Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian.
Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.
#TSMY #Muhyiddin #MuhyiddinRAP
Comments
Post a Comment