Rakaman CCTV Lelaki Misteri Orang Minyak Cetus Kebimbangan Orang Ramai!





IPOH 24 Mac - Beberapa rakaman (CCTV) tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berkeliaran dalam keadaan bogel di Taman Tronoh Awana di Tronoh, ipoh. 

Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi sehingga hampir pukul 7 pagi. Lelaki misteri tersebut yang hanya menutup muka dipercayai menggunakan baju itu dilihat berjalan di belakang dan perkarangan rumah penduduk tanpa tujuan.

Salah seorang penduduk, Shaarani Ismail, 42, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas berlaku beberapa insiden di mana CCTV rumah penduduk ditutup dengan kain dan tingkap bilik air dibuka dari luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dua laporan diterima bersabit kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.

Comments