Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempersiapkan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman di Jalan Masjid India, di sini susulan perisytiharan lokasi itu sebagai kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pengumuman mengenai PKPD terbaru yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.
Kedua-dua blok terbabit adalah flet kediaman lapan tingkat yang turut menempatkan premis perniagaan di bahagian bawah, iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion.
Ia terletak dalam jarak lingkungan 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu.
[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Comments
Post a Comment